Pengikut

MUKADIMAH

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERKONGSI ILMU. BLOG INI DIUSAHAKAN UNTUK MEMBERI MANAFAAT KEPADA KITA YANG MENGGUNAKANNYA. KEPADA SESIAPA YANG MEMBERI ILHAM DAN BAHAN, DIUCAPKAN TERIMA KASIH. SEMOGA ILMU YANG DIKONGSI DIBERKATI DAN MENDAPAT GANJARAN DARIPADA-NYA.

TIPS PEPERIKSAAN

 
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN KERTAS SATU (OBJEKTIF) 3755/1

A. PENGENALAN

Kertas satu mempunyai 40 soalan

Masa yang diperuntukkan 1 Jam 15 minit
Kertas ini menyumbangkan 40% markah keseluruhan matapelajaran perdagangan Oleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1 markah mutlak. (40soalan = 40 markah)
Untuk skor A1, pelajar mesti membaca kehendak soalan-soalan objektif dengan teliti dan jangan ambil mudah kerana satu markah itu amat penting.

B. PEMILIHAN JAWAPAN

* Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap * Hanya satu jawapan yang betul dan tiga yang lain distraktor. *
Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:-
 a. Mencari jawapan yang betul dan mengabaikan tiga distraktor
b. Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat jawapan yang betul.

C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA
 
 * Soalan objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar seperti
· mengingat kembali
· mengira
· mengidentifikasi
· mencari persamaan
· mengaplikasi
· mencari perbezaan
· mendeduksi
· membuat perbandingan
· menginterpretasi

* Anda boleh menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap topik atau menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan.
Pelajar dibenarkan membawa kalkulator (mesin kira) ke dalam dewan peperiksaan.


D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1.
Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan membuang masa jika mengambil masa yang lama.
2. Bulatkan nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab
3. Setelah menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu.
4. Jika anda masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan bijak jawapan yang paling mungkin sekali.
5. Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpa dijawab . Markah tidak akan dipotong bagi jawapan yang salah.
6. Setelah mendapat jawapan bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas jawapan.
7. Pastikan jawapan yang dihitamkan sepadan dengan jawapan dipilih dalam kertas soalan dan nombor soalan
8. Semak semula jawapan yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar .


E. CONTOH SOALAN OBJEKTIF A. Aneka Pelengkap

1. Faktor yang membezakan usahawan dengan peniaga ialah usahawan berusaha
A. untuk mencari untung
B. meningkatkan taraf hidup
C. memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
D. mengatasi pesaing-pesaing dalam perniagaan
B. Aneka Pilihan
2. Mengapakah peniaga milikan tunggal lebih cenderung untuk menukarkan perniagaannya kepada perkongsian?
I. mengalakkan persaingan
II. mendapatkan lebih banyak modal
III. mengurangkan risiko kerugian
IV. menambahkan kemahiran dan pengetahuan perniagaan

A. I,II dan III B. II,III dan IV C. I,II dan IV D. I,III dan IV

 (Untuk menjawab soalan objektif, gariskan kehendak soalan dan kata kunci yang berada dalam jawapan.Dalam soalan di atas,Jika sukar untuk mencari jawapan tepat.
Oleh itu, tolak dahulu jawapan yang paling tidak tepat.
Akhir sekali, jika terdapat 2 jawapan yang sukar dibezakan.
Pilihlah yang anda rasa paling tepat dan kebarangkalian jawapan anda betul lebih tinggi.)

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN : KERTAS 2 (SOALAN ESEI) 3755/2

1) PERUNTUKKAN MASA

Anda mempunyai masa 2 jam untuk menjawab empat soalan esei. * Ini bermakna anda hanya mempunyai masa 30 minit untuk menjawab setiap soalan. * Anda mesti memperuntukkan jumlah masa yang sama untuk setiap soalan. * Anda dinasihatkan bermula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang lebih susah kemudian. * Jangan mengambil terlalu banyak masa untuk menjawab sesuatu soalan yang tertentu sehingga tidak sempat menjawab soalan-soalan yang lain. * Sekiranya anda mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu soalan, anda mesti tinggalkannya dan terus kepada soalan yang lain. * Anda boleh kembali semula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas menjawab semua soalan-soalan yang lain * Peruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapan anda * Jangan menjawab kurang daripada jumlah soalan yang dikehendaki kerana anda akan kehilangan markah. * Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yang dikehendaki, anda akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markah esei dan 15% markah keseluruhan.Oleh itu, jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab, tulislah apa-apa yang diingati tentang perkara yang berkaitan.


2. PEMILIHAN SOALAN
 
Dalam kertas ini, anda boleh memilih mana-mana tiga soalan daripada bahagian A dan
wajib menjawab soalan bahagian B (Kajian Kes).* Sebelum memilih soalan, anda mesti membaca semua soalan dengan teliti dan menggariskan perkataan-perkataan yang penting. * Semasa memilih soalan,pilih soalan yang anda boleh menjawab denga baik dan dapat memberikan fakta yang banyak. * Anda mesti berhati-hati semasa memilih soalan supaya tidak memilih soalan yang salah. * Pemilihan soalan yang salah akan membuang masa anda untuk mencuba soalan yang lain. * Jika anda telah menjawab 4 soalan dan ada jawapan yang tidak memuaskan atau terlalu sedikit yang anda tahu, maka jika ada masa lagi cubalah jawab soalan lain bermakna
anda boleh menjawab lebih daripada 4 soalan. Ini sebagai alternatif bagi jawapan yang anda rasa tak memuaskan tadi. Ingat! Semua jawapan akan diperiksa maka pemeriksa akan memilih 4 jawapan anda yang terbaik.

3. PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1. Untuk menjawab soalan dalam kertas ini, anda dikehendaki memberikan jawapan panjang berbentuk esei

2. Jumlah perkataan bagi setiap esei ialah kira-kira 300 -400 patah perkataan (secara purata) atau 1 1/2 - 2 muka surat.(Ini hanya gambaran jawapan yang ideal, tak perlu kira patah perkataan)

3. Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yang diperuntukkan.Anda harus ingat markah diberikan bagi fakta-fakta yang dikemukakan dan bukan berdasarkan panjang sesuatu esei.

4. Anda mesti merancangkan jawapan anda dengan baik dan menjawab mengikut kehendak soalan.

5. Bahasa yang digunakan mestilah baik, jelas dan mudah difahami.

6. Anda dinasihatkan memperuntukan sebanyak 5 minit untuk merangka jawapan. Semua fakta-fakta penting yang berkaitan dengan soalan mesti disenaraikan di dalam rangka jawapan

7. Rangka jawapan membantu anda mempersembahkan jawapan dengan fakta-fakta yang cukup dan mengikut susunan yang rapi.

8. Jangan menerangkan sesuatu fakta dengan panjang lebar sehingga mengabaikan fakta-fakta yang lain.

9. Semasa menulis jawapan, anda mesti menghuraikan setiap fakta tersebut dengan baik, jelas dan tepat.

10.Setiap soalan esei mesti dibahagi kepada beberapa perenggan. Mulakan setiap fakta dengan perenggan yang baru. Jika terdapat 8 fakta maka jelaskan dalam 8 perenggan. Ringkasnya: SATU PERENGGAN => {SATU FAKTA,HURAIAN,CONTOH}

11.Sebaik-sebaik setiap fakta / perenggan diberikan nombor,manakala fakta utamanya dijadikan sub-tajuk atau kepala sesuatu perenggan dan digariskan

12.Setiap fakta / perenggan seharusnya diselangi dengan satu baris kosong antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.

13.Bagi memulakan jawapan baru bagi soalan berikutnya, gunakan kertas jawapan baru. Elakkan menyambung jawapan anda di bawah jawapan soalan lain.

14.Jawapan yang baik adalah jawapan yang mempunyai banyak fakta,penerangan yang jelas, contoh yang konkrit dan perenggan yang bersesuaian dengan markah.

15.Untuk soalan perbezaan ,tunjukkan dengan jelas dengan bentuk jadual 'T'. Bezakan berdasarkan perkara yang sama.Untuk persamaan, tidak perlu jadual 'T'.

16. Jawapan tidak perlu pendahuluan atau penutup. Terus kepada menjawab mengikut kehendak soalan.

17. Bagi soalan kajian kes masukkan nama individu yang terlibat dalam kajian kes tersebut.

 
4. BENTUK-BENTUK SOALAN ESEI

1. Pengetahuan / fakta / terangkan 2. Buat nota ringkas 3. Perbezaan / Persamaan 5. Kajian kes 6. Kebaikan dan Keburukan 7. Fungsi / Peranaan /Perkhidmatan

5. KEHENDAK SOALAN

Kehendak soalan merupakan idea utama dalam bentuk perkataan dan rangkai kata dan mesti diberikan perhatian.Perkataan dan rangkai kata penting dalam sesuatu soalan. Beberapa perkataan dan maknanya telah diberikan dalam jadual di bawah.
a.Terangkan / Jelaskan Memerlukan anda menerangkan sesuatu. Tujuannya ialah supaya pembaca mengerti atau faham tentang perkara yang diterangkan atau dijelaskan Contohnya: “Insurans memerlukan kepentingan yang boleh diinsuranskan”. Terangkan pernyataan ini dari segi insurans kebakaran
b. Huraikan Bererti memberitahu segala yang anda tahu supaya pembaca boleh menggambarkan dengan jelas perkara yang dihuraikan . Contohnya: Huraikan prosedur menubuhkan sebuah syarikat umum berhad
c. Bincangkan / Beri ulasan Mengkehendaki anda mempertmbangkan tajuk yang hendak dibincangkan dengan teliti dan melihat dari pelbagai sudut. Memerlukan pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan. Contohnya: Usahawan adalah seorang peniaga tetapi peniaga tidak semestinya usahawan. Bincangkan.
d. Berikan / Namakan Senaraikan Memerlukan anda memberikan fakta. Tidak memerlukan penjelasan yang lebih lanjut Contohnya: Berikan sebab-sebab cek tak layan
e.Takrifkan Menerangkan makna sesuatu konsep dengan tepat dan teliti. Contohnya: Takrifkan pengkhususan
f. Nyatakan Mengkehendaki anda menyatakan sesuatu perkara atau menjelaskan dengan teliti Contohnya: Nyatakan peranan yang dimainkan oleh bank pusat
g.Bezakan Memberikan perbezaan di antara dua perkara Contohnya: Bezakan di antara perniagaan luar negeri dengan perniagaan dalam negeri
h. Buat Perbandingan Mengkehendaki anda membandingkan dua atau lebih perkara untuk mencari perbezaannya Contohnya: Buat Perbandingan di antara pengangkutan jalan raya dan pengangkutan kereta api
i.Tuliskan nota-nota ringkas Memerlukan anda menulis fakta-fakta yang paling penting tentang sesuatu perkara dengan ringkas dan jelas Contohnya: Tuliskan nota-nota ringkas bagi empat perkara dibawah: a. Cek Kembara b. Invios Pro-forma c. Poslaju d. Kontenarisasi
j. Bagaimana / Dengan cara apakah Memerlukan anda membentangkan cara-cara melakukan sesuatu Contohnya: Bagaimanakah perniagaan pesanan mel dijalankan
k. Mengapakah / Apakah sebab-sebab Memerlukan anda memberikan alasan satu demi satu untuk menerangkan sesuatu Contohnya: Mengapakah pengguna memerlukan perlindungan?
l.Apakah / Apakah yang dimaksudkan Menjelaskan sesuatu perkara dengan tepat dan ringkas dalam satu atau dua perenggan sahaja Contohnya: Apakah cek kosong? 

JANGAN SIA-SIA MASA YANG TERLUANG DENGAN TIDUR.
MANFAAT MASA 2 JAM TERSEBUT SEBAIK MUNGKIN.