Pengikut

MUKADIMAH

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERKONGSI ILMU. BLOG INI DIUSAHAKAN UNTUK MEMBERI MANAFAAT KEPADA KITA YANG MENGGUNAKANNYA. KEPADA SESIAPA YANG MEMBERI ILHAM DAN BAHAN, DIUCAPKAN TERIMA KASIH. SEMOGA ILMU YANG DIKONGSI DIBERKATI DAN MENDAPAT GANJARAN DARIPADA-NYA.

TOPIK TINGKATAN 5

Bab 1
Wang
Sistem Perbankan
  1. Perbankan Konvensional
-          mengamalkan sistem kapitalisme
-          bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
-          penyimpan dan pemimjam wang diberi atau dikenakan faedah
  1. Perbankan Islam
-          berdasarkan hokum Islam , iaitu prinsip-prinsip syarak dan syariah
-          bertertaskan keadilan sosial dan kebajikan masyarakat
-          mengharam unsur-unsur gharar (ketidakpastian) , riba (faedah) , maisir (perjudian )
-          mengamalkan pembahagian risiko antara pengusaha (peminjam) dengan pembiaya (bank)
  1. Perbezaan antara perbankan konvensional dengan perbankan Islam dapat dikesan dari segi :
-          Dasar perniagaan
-          Prinsip-prinsip perbankan
-          Tujuan operasi perbankan
-          Undang-undang perbankan
-          Corak perlaburan




Jenis-jenis Bank

  1. Bank Pusat
-          Matlamat bank pusat adalah untuk menjamin kestabilan ekonomi negara menerusi perlaksanaan dasar kewangan kerajaan
-          Funsi bank pusat ialah mengawal dan mengeluar mata wang negara
  1. Bank Perdagangan
-          Diuruskan oleh pihak swasta
-          Menerima simpanan , memberi kemudahan pembiayaan dan pembayaran
-          Ada dua jenis pemilikan , iaitu Bank perdaganan milikan tempatan dan asing .
-          Kerajaan menggalakan pergabungan bank untuk membentuk sistem perbankan yang kukuh bagi menghadapi era globalisasi
-          Bank Islam berlandaskan syariah Islam dan mengamalkan prinsip-prinsip Wadiah , Mudharabah dan Musyarakah .
-          Pengurusan bank islam tidak menerima unsur perbankan konvensional seperti riba , maisir , dan gharar
-          Contoh Bank Islam ialah Bank Muamalat , Bank Islam Malaysia Berhad dan operasi perbankan Islam di bank-bank perdagangan seperti di Bank Bumiputera Malaysia Berhad
  1. Bank koperasi
-          Fungsi bank koperasi ialah menyediakan perkhidmatan simpanan dan pinjaman
-          Contoh bank koperasi ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
  1. Bank Badan Berkanun
-          Funsi Bank Badan Berkanun adalah memberi bantuan kewangan dalam bentuk modal pinjaman


Tiga jenis bank badan berkanun di Malaysia :
a)      Bank Simpanan Nasional
b)      Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
c)      Bank PertanianMalaysia
  1. Bank Saudagar
-          Fungsi bank saudagar adalah menerima deposi daripada orang ramai
-          Contoh bank saudagar ialah Affin Merchant Bank Berhad , Utama Merchant Bank dan Amanah Chase Merchant Bank

Pekhidmatan Bank Perdagangan

  1. Bank perdagangan merupakan institusi kewangan yang dimiliki oleh pihak swasta .
  2. contohnya ialah Hong Leong Bank Berhad , Bank Bumipetera Commerce Berhad dan Maybank Berhad .
  3. Perkhidmatan bank perdagangan termasuklah :
a)      Menerima simpanan
-          Akaun simpanan
-          Akuaun semasa
-          Akaun tetap
b)      Kemudahan pembayaran
-          Pindahan kredit
-          Arahan tetap untuk bayaran bulanan atau tahunan yang tetap seperti ansuran rumah dan premium insurans
-          Cek jurubank
-          Draf bank
-          Pindahan telegraf
-          Pindahan mel
-          Perintah sedia ada
c)      Kemudahan pembiyaan
-          Overdraf
-          Pinjaman
-          Mendiskaunkan bil
d)     Perkhidmatan lain
-          Kad kredit
-          Jaminan jurubank
-          Peti simpanan malam
-          Peti simpanan keselamatan
-          Cek kembara
-          E-banking
-          Pertukaran mata wang asing
-          Perbankan Islam
  1. Faktor-faktor yang dipertimbangkan semasa memohon pinjaman dan overdraf
-          Tujuan pinjaman
-          Kedudukan kewangan pemohon
-          Nilai harta cagaran
-          Dasar pusat
-          Tempoh bayaran balik

CEK
  1. Pekhidmatan pembayaran dan penerimaan bayaran tanpa melibatkan wang tunai .
  2. Melibatkan tiga pihak , iaitu Bank berkenaan  , Penerima dan pemilik cek
  3. ada 3 jenis cek , iaitu Cek terbuka , Cek tertutup dan lain-lain .
  4. Sebab-sebab berlakunya cek tak layan
-          Berlakunya kesilapan dalam butiran cek seperti kesalahan tarikh , pertentangan angka dan perkataan
-          Perubahan cek yang tidak diendoskan
-          Tiada tandatangan penyuruh bayar
-          Tiada wang yang mencukupi dalam akaun penyuruh bayar cek
-          Cek terkoyak
  1. Faedah penggunaan cek :
-          Selamat kerana kehilangan cek mudah di kesan
-          Risiko kecurian yang rendah
-          Mudah dibawa yang dan boleh diposkan terus
-          Menjimatkan masa
  1. Kelemahan penggunaan cek
-          Cek tak layan mungkin akan berlaku
-          Bukan wang sah
-          Penipuan berlaku kerana senang ditiru
-          Caj bayaran dikenakan
-          Hanya dipakai oleh pemegang akaun semasa
-          Mesti ditunaikan di kaunter atau melalui akaun
  1. Biro Kredit
-          Ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1988
-          Mengawasi ketunian cek supaya tidak melakukan cek tak layan
-          Menyimpan maklumat peribadi perseorangan untuk dirujuk oleh pihak bank sebelum meluluskan pemohonan pinjaman
-          Menyenarai hitamkan pemegang akaun semasa yang selalu melakukan cek tak layan
-          Memastikan penerima cek dapat menunaikan cek di bank

Institusi Kewangan Lain

  1. Syarikat Pemfaktoran
-          Merupakan anak syarikat kepada bank perdagangan
-          Contoh : Public Leasing dan Factoring Sdn. Bhd. dan Maybank Factoring Berhad
-          Cara pemfaktoran ialah penjual menjual secara kredit kepada pelanggan dengan tempoh bayaran tertentu
  1. Syarikat Pajakan
-          Membeli aset modal seperti mesen , jentera , dan premis untuk disewakan kepada peniaga
-          Sepanjang tempoh menyewa , aset mahal merupakan hak milik syarikat pajakan
-          Membantu peniaga menggunakan aset tanpa membayar harga penuh atau cagaran
-          Contoh : Austral Leasing Sdn. Bhd. , Bank Pertanian dan Bank Islam
  1. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC)
-          Membeli jaminan kepada pinjaman peniaga kecil atau usahawan Industi Kecil dan Sederhana (IKS)
-          Membantu peniaga yang kehendak memohon pinjaman tetapi tidak mempunyai sebarang cagaran
-          Dilantik oleh Bank Negara Malaysia untuk memajukan IKS
-          Contoh jaminan kredit yang ada termasuklah Skim Jaminan Usahawan Kecil , Skim Jaminan Laluan terus dan lain-lain
  1. Syarikat Kewangan
-          Merupakan syarikat kewangan berlesen yang tertakluk kepada Akta Bank dan institusi Kewangan 1989
-          Contoh : Maybank Finance berhad , Public Finance Berhad , RHD Delta Finance Berhad dan Asia Commercial Finance
-          Perkhidmatan yang disediakan ialah kemudahan pinjaman , kemudahan sewa beli , akaun simpanan dan simpanan tetap dan kemudahan pemajakan
-          Tidak memberi kemudahan akaun simpanan semasa
Bab 2
Insurans
Pengenalan kepada Insurans

  1. Insurans merupakan rancangan sosial yang memberi perlindungan kepada insured atau keluarganya terhadap terhadap pelbagal risiko .
  2. Perlindugan insurans ditawarkan kepada nyawa dan harta benda insured .
  3. Insurans merapakan rancangan pemusatan dan pembahagian risiko antara pihak insured yang menghadapi kerugian sekiranya berlaku risiko .
  4. Istilah-istilah insurans ialah
-          Insurer – Syarikat yang menawarkan perlindungan insurans
-          Insured – Pihak yang meminta dan menyertai rancangan insurans
-          Polisi insurans – Pejanjian insurans insurer dan insured
-          Ganti rugi – Bayaran yang diberi kepada insured apabila berlakunya risiko yang diinsuranskan
-          Primeum – Bayaran yang dibuat oleh insured untuk mendapat perlindungan insurans
  1. Terdapat dua jenis risiko iaitu :
-          Risiko yang boleh diinsuranskan merupakan risiko yang boleh diramalkan kekerapannya
-          Risiko yang tidak boleh diinsuranskan terdiri daripada risiko yang tidak dapat dikira kekerapan dan tidak dapat dikumpulkan secara perangkaan
  1. Peranan insurans kepada
  1. Individu
-          Memberi perlindungan terhadap risiko yang boleh diinsuranskan
-          Menjamin keadaan kehidupan warisan atau ahli-ahli keluarga seperti biasa jika insured kehilangan upaya untuk mencari rezeki
-          Merancang untuk masa depan sekiranya insured ditimpa ditimpa kemalangan
-          Memupuk tabiat jimat cermat
-          Menjaga seseorang dalam masa kecemasan
  1. Peniaga
-          Melindungi harta benda daripada risiko seperti kebakaran , kecurian , dan pecah amanah
-          Mendapat ganti rugi untuk memulihkan diri kepada keadaan asal
-          Menumpukan perhatian penuh ke atas hal-hal pengurusan dan pentadbiran perniagaan
  1. Negara
-          Mencipta peluang pekerjaan untuk menggurangkan kadar pengganguran
-          Meninggikan taraf  hidup
-          Meningkatkan pendapatan negara
-          Syarikat insurans menyalurkan sebahagian wang premium ke atas sektor ekonomi

Prinsip Insurans

  1. Kepentingan boleh diinsuranskan
-          Insured hanya boleh mendapatkan perlindungan insurans terhadap nyawa atau harta benda yang mempunyai hubungan terus dengannya
-          Insered dihalang dan tidak dibenarkan membeli insurans terhadap nyawa atau harta benda orang lain
  1. Penuh percaya mutlak
-          Semua maklumat yang diisikan dalam borang insurans mestilah benar dan tidak melibatkan sebarang penipuan
-          Syrikat insurans atau inserer mengenakan syarat-syarat yang wajib dipatuhi ke atas para insured
-          Insurer berjal membatalkan polisi insurans sekiranya didapati maklumat palsu
  1. Indemniti
-          Syarikat insurans membayar jumlah ganti tugi setakat untuk memulihkan keadaan asal sebelum berlakunya risiko
-          Tidak mengandungi unsur keuntungan
-          Bertujuan untuk membantu insered menghadapi kerugian
-          Ganti rugi dibayar dalam bentuk tunai , membaiki aset yang rosak dan menggantikan aset dengan barang yang sama
-          Indermniti tertakluk kepada tiga perkara yang asa iaitu , sumbangan , subrogasi dan doktrin sebab berhampiran

Jenis-jenis Insurans

  1. Insurans kemalangan termasuklah :
-          Insurans Tanggungan Majikan
-          Insurans Kemalangan Peribadi
-          Insurans Liabiliti Awam
-          Insurans Kereta Motor
  1. Insurans Kebakaran
  2. Insurans Nyawa
-          Insurans Endowmen
-          Insurans Hayat Sementara
-          Insurans Hayat Seumur Hidup
  1. Insurans Marin
  2. Insurans Lain
-          Insurans Kecurian
-          Insuran Kesihatan
-          Insurans Jaminan Setia
-          Insurans Pendidikan
-          Insurans Gadaian





Takaful

  1. Takaful merupakan perlindingan insurans yang ditawarkan kepada insured berdasarkan tafsiran syarak .
  2. Mengikut tafsiran syarak , takaful merujuk kepada membantu antara satu sama lain pada masa kecemasan
  3. Prinsip takaful tidak mengandungi unsur gharar (ketidakpastian) , maisir (perjudian) , dan riba (faedah)
  4. Jenis-jenis takaful termasuklah :
-          Takaful keluarga
-          Takaful Am
  1. Perbandingan antara Insurans Konvensional dengan takaful
-          Persamaan :
  1. Merupakan rancangan pemusatan risiko antara insured yang menghadapi risiko
  2. Berdasarkan prinsip kepentingan boleh diinsuranskan , penuh percaya mutlak , dan indemniti .
-          Perbezaan :

-                                  Takaful Islam
-                                  Insurans
               Konvensional
-                                  Berasaskan hukum syarak , iaitu prinsip Medharabah dan prinsip lan yang telah diubahsuaikan .
-                                  Berasakan tiga prinsip utama , iaitu kepentingan boleg diinsuranskan , penuh percaya mutlak , dan indermnti
-                                  Tiada unsur gharar , maisir dan riba
-                                  Mengandungi unsur gharar , maisai dan riba




Belian Polisi dan Tuntutan Ganti Rugi

  1. Prosedur Membeli Polisi Insurans
-          Sebelum membeli polisi perlu menghubungi ejen syarikat insurans untuk membuat pertayaan tentang perkara-perkara seperti :
a)      Risiko yang hendak diinsuranskan
b)      Syarat-syarat perlindungan
c)      Tempoh perlindungan
d)     Nilai perlindungan
e)      Jumlah premium
-          Semasa membeli polisi
a)      Mengisi borang cadangan
b)      Mematuhi prinsip penuh percaya mutlak
c)      Menyertai salinan dokimen yang relevan  untuk dipertimbangkan
d)     Menbayarkan jumlah premium yang dipersetujui
-          Selepas membeli polisi
a)      Menerima resit bayaran premium
b)      Menerima nota lindungan yang berupa perlindungan serta-merta kepada insured
c)      Nota perlindungan untuk tempoh sementara sahaja
d)     Mendapat polisi insurans sebagai perlindungan terhadap risiko . Polisi itu diperlukan semasa menuntut ganti rugi
e)      Membayar jumlah premium dengan menepati masa untuk meneruskan tempoh perlindungan
  1. Prosedur Menuntut Ganti Rugi
-          Pihak insured
a)      Melaporkan kejadian kemalangan kepada pihak polis dan insurer
b)      Mengisi borang tuntutan dengan butir-nutir lengkap tentang perkara-perkara seperti masa dan tarikh berlakunya kemalangan , jumlah kerugian dan punca kejadian .
c)      Menyertai salinan dokumen sebagai bukti kejadian yang sah . Dokumen itu termasuklah laporan polis , polisi insurans dan lain-lain relevan
-          Pihak insurer
a)      Menjalankan siasatan ke atas kejadian risiko
b)      Penyiasatan kejadian risiko bedasarkan hal-hal seperti maklumat benar , tiada penipuan dan jumlah kerugian
c)      Meluluskan ganti rugi bedasarkan prinsip indermnti
-          Penimbang tara diperlukan sekiranya kedua pihak insured dan insurer tidak menyetujui jumlah ganti rugi . Keputusan penimbang tara adalah muktamad
Bab 3
Pengangkutan

Peranan Pengangkutan

  1. Pengangkutan merujuk kepada usaha untuk memindahkan barang atau orang dari satu tempat ke suatu tempat .
  2. Peranan pengangkutan :
-          Mengimbangi bekalan barang untuk membantu peniaga megangkut barang-barang dari tempat yang menghadapi lebihan ke tempat yang menghadapi lebihan ke tempat yang memerlukannya .
-          Mengurangkan kos penyimpanan stok kerana peniaga tidak mempunyai stok yang berlebihan dan peniaga kekurangan bekalan dapat diatasi dalam masa yang singkat .
-          Memperluaskan pasaran kerana barang-barang dapat diangkut ke merata tempat untuk dipasarkan dan barang-barang dapat diangkut ke tempat yang jauh
-          Membantu pengeluaran secara besar-besaran untuk barang-barang dipasarkan di merata-rata tempat dan ini dapat menambahkan jualan barang
-          Mengelakkan pembaziran untuk barang-barang yang tidak tahan lama seperti ikan , sayur-sayuran , dan buah-buahan dapt dipasarkan dengan segera . Ini mengelakan pembaziran .
-          Memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna , pengguna boleh membandingkan harga , sifat dan kuantiti barang dan meninggikan taraf hidup pengguna
-          Menggalakan aliran masuk modal melalui pelaburan asing dan pelancungan untuk aliran wan dalam masyarakat menjadi aktif dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan
-          Membantu penyebaran sains dan teknologi
-          Membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara
-          Memudahkan pergerakan tenaga buruh


Jenis Pengangkutan

1.    Terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;
-   Pengangkutan darat
-   Pengangkutan laut
-   Pengangkutan udara
-   Saluran paip

2.    Pengangkutan darat
-    Pengangkutan Jalanraya terdiri daripada pengangkutan;
haiwan             -   lembu, kuda
kenderaan        -   lori, van

Kelebihan   
-   Boleh serah barang dari pintu ke pintu
-   jimatkan masa
-   Kerja pemunggahan kurang
-   risiko barang rosak sedikit
-   Murah dan cepat  untuk jarak dekat
-   sesuai bawa barang diperlukan segera
-   Tiada jadual perjalanan
-   Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak
-   Mudah hubungi kawasan pendalaman

Kekurangan
-          Mahal dan lambat bagi jarak jauh
-          sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak
-          Ruang muatan terhad
-          Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)
-         Kospenyelenggaraan tinggi
-          Pembaziran tenaga buruh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  
Bidang tugasnya:
-          Daftar  kenderaan bermotor
-          Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
-          Uji dan keluarkan lesen memandu
-          Keluarkan permit sekolah memandu
-          Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
-          Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
-          Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
-          Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komers

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan  (LPKP)
Bidang tugasnya:
-          Kawal kegunaan  pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi menjaga kepentingan orang awam
-          Keluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam dan lesen kenderaan perdagangan  iaitu;
  • Lesen Pembawa A
-   benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa
  • Lesen Pembawa C
-          hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri
-          kenderaan tidak boleh disewa

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)
Bidang tugasnya:
-          Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan

Pengangkutan Rel  
-          contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT

Kelebihan  
-          Murah dan cepat bagi jarak jauh
-          Ruang muatan lebih luas
-          Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah
-          seperti  kayu balak , simen, pasir
-          Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
-          Masa bertolak dan tiba diketahui
-          mudahkan peniaga hantar / tunggu barang
-         Adagerabak khas untuk bawa barang
Contoh:     gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah
gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
-          ada kemudahan kontenarisasi

Kekurangan
-          Mahal dan lambat bagi jarak dekat
-          Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
-          Banyak kerja pemunggahan
-          risiko barang rosak / hilang tinggi
-          Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
-         Kospenyelenggaraan tinggi
-          Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad
-          tidak semua bandar dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) 
-          Bidang tugasnya meliputi:
Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang
Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:
+            keretapi penumpang                à  keretapi mel, ekspres, komuter
+            keretapi barang / kargo            à  gerabak bertangki


3.    Pengankutan Laut

-          sangat penting dalam perdagangan antarabangsa
-          terdiri daripada:
Perkapalan antarabangsa
-  belayar merentasi lautan besar
-  contoh:  kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
Perkapalan dalam negeri
-  belayar sepanjang pantai
-  contoh: feri, kapal pesisir pantai

Jenis kapal

Kapal kargo
-          kapal  khas bawa kargo dan sedikit penumpang
-          belayar ikut  jalan dan jadual tetap
-          hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
-          tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa
-          tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
-          terdapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:
+   kapal kontena  à  khusus untuk membawa kontena
+   kapal tangki     à  khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia,                                                     gas asli cecair
+   kapal penyetoran sejuk  à  ada bilik sejuk untuk simpan daging, sayur

Kapal kerentan (kapal tramp)
-          kapal  khas bawa kargo pukal sahaja  seperti  kayu balak, bijih timah
-          boleh ditempah / sewa atau dicarter
-          tidak belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
-          belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa
-          kapal boleh dicarter  untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau untuk satu tempoh (carter masa)
-          boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik
-          tambang boleh ditawar
Kapal penumpang
-          kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit  kargo
-          belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
-          hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
-          tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

Kapal pesisir pantai
-          digunakan sepanjang pantai untuk hubungkan bandar tepi pantai dengan pelabuhan
-          tujuannya untuk bawa barang kegunaan dalam negeri dan barang yang dihantar ke pelabuhan utama untuk dieksport
-          contoh: Pelayaran dari pelabuhan Port Dickson ke Pelabuhan Klang



Kelebihan pengangkutan laut

-          mudah dan selamat
-          ruang dan muatan yang luas
-          tidak menghadapi masalah kesesakan lalu lintas di laut
-          tidak memerluan kos penyelenggaraan
-          membantu perniagaan antarabangsa

Kekurangan pengangkutan laut

-          masa perjalanan yang lama
-          tiada penyerahan barang dari pintu ke pintu
-          melibatkan kerja pemunggah yang rumit


Kebaikan Pengangkutan Air

-          Boleh bawa muatan banyak
-          Tambang lebih murah
-          Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah
-          Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah
-          Tiada kesesakan lalu lintas
-         Kospenyelenggaraan sedikit
-          Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo
-          Ada kemudahan kontenarisasi  -  cepatkan urusan kastam

Kekurangan Pengangkutan Air

-          Tiada serah pintu ke pintu
-          perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan
-          Kerja pemunggahan yang banyak
-          meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan
-          Perjalanan lambat  sampai
-          Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja

Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)

Peranannya;
-          Beri kemudahan pengangkutan laut kepada peniaga tempatan untuk mengurangkan pergantungan kepada kapal asing
-          Adakan perjalanan tempatan dan antarabangsa  bagi menghantar kargo
-          Ambil bahagian dalam kontrak perkapalan secara dua hala dengan negara lain
-          Tingkatkan penyertaan kapal Malaysia dalam perkapalan antarabangsa

Jabatan Laut
Peranannya:
-          Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot
-          Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia
-          Wujudkan sistem pelayaran yang efisen
-          Selenggarakan pelabuhan
-          Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran

Lembaga Pelabuhan
contoh:   Lembaga Pelabuhan Kelang
Lembaga Pelabuhan Kuantan
Peranannya;
-          kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan
-          sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon
-          sediakan  dermaga dan tongkang
-          sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift
-          sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh
-          sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya
-          sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal
-          keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot  kecil yang belayar di sekitar pelabuhan

4.    Pengangkutan udara

Terbahagi kepada dua iaitu;
-          kapal terbang
-          helicopter
      Kekurangan
-          Tambang mahal
-          Saiz dan berat kargo dihadkan
-          Tiada serahan pintu ke pintu
-          perlukan pengangkutan lain Kerja pemunggahan yang banyak
-          tingkatkan risiko kecurian dan kerosakan
-          Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
-          Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
-         Kospenyelenggaraan tinggi

Kebaikan   
-          Sesuai bawa barang mahal dan ringan
-          kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang
-          contoh:  ekspot berlian dan emas
-          Sesuai bawa barang yang diperlukan segera
-          yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas
-          contoh:  bekalan perubatan dan alat ganti jentera
-          Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama
-          untuk menjamin agar barang segar dan baik
-          contoh:  bunga dan buah-buahan
-          Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
-          Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat
-          risiko kecurian kurang
-          oleh itu kos insurans lebih rendah
-         Kospergudangan rendah sebab barang segera dihantar
-          Ada kemudahan kontenarisasi  -  mencepatkan urusan kastam

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
-          Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
-          Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri
-          Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji

Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
Peranannya;
-          Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia
-          Sediakan perkhidmatan trafik udara
-          Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan
-          Sediakan khidmat bomba dan keselamatan
-          Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain
-          Sediakan pembangunan lapangan erbang
-          Sediakan khidmat kecemasan

5.   Saluran Paip

-          cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti  air, petrolium , gas asli  dan gas memasak melalui batang paip

Kebaikan   
-          Barang selamat daripada risiko kecurian
-          Barang segera sampai
-          Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api
-          Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan

Kekurangan
-          Kos pemasangan saluran paip tinggi
-          Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air
-          Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki

Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)
-          Mendapat hak eksklusif / istimewa untuk cari gali, proses dan pasarkan petrolium dan gas di Malaysia
-          Terlibat dalam pembinaan saluran paip daripada Kertih, Trengganu ke Segamat, Johor dan  Singapura
-          Peranan / objektif:
-          cari gali, mengeluar dan mentadbir semua petrolium negara
-          pastikan bekalan petrolium dan hasil petrokimia mencukupi dan pada harga berpatutan
-          galakkan penglibatan bumiputera dalam industri berasaskan petrolium
-          menasihat kerajaan dalam hal ehwal petrolium dan petrokimia






















Pengkontenaan

  1. Pengkontenaan
-          Bermaksud mengangkut barang-barang di dalam peti khas yang piawai
-          Boleh dikunci dan dipatreri
-       Kebaikan guna kontena:
-          Jimatkan masa
-          kerja pemunggahan cepat
-          barang diangkut sekali gus sebagai satu unit
-          Jimatkan tenaga buruh
-          kurang kerja pemunggahan
-          barang dipunggah menggunakan jentera khas / kren / forklif
-          Kurangkan barang rosak / selamat
-          terhindar daripada kesan cuaca
-          Kurangkan  kecurian sebab kontena dikunci
-          Kurangkan kos seperti kos insurans, kos angkutan dan kos gudang
-          kerana pengangkutan sepadu
-          Memudahkan hal dokumentasi
-          Boleh guna sistem pengangkutan TIR
-          kontena tidak perlu diperiksa di negara perantara
-          Kekurangan  guna kontena:
-         Kosbina kontena tinggi
-          Perlukan peralatan khas seperti kren
-          Tidak sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak, batu bata
-          Perlukan sistem pengangkutan bersepadu

  1. Pengangkutan Antarabangsa Routier (TIR)
-          Memudahkan pengangkutan muatan dengan kontena tanpa sebarang pemeriksaan kastam di negara-negara perantaraan
-          Prosedur TIR adalah seperti berikut :
-          Menyenaraikan kandungan kontena dalam borang
-          Mendapatkan pengesahan pihak kastam
-          Mempaterikan kontena
-          Mengangkutan kontena hanya dijalankan di negara pengimport
-          Mengenakan cukai import oleh negara pengimport















Pemilihan Jenis Pengangkutan

  1. Peniaga memilih jenis pengangkutan yang sesuai untuk mengangkut barang-barang niaganya .
  2. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pengangkutan ialah
    1. Jarak
-          Bagi jarak dekat , pengangkutan jalan raya adalah sesuai kerana cepat dan murah
-          Kapal , kapal terbang dan kereta api sesuai digunakan bagi jarak jauh
  1. Jenis barang
-          Barang-barang getas seperti kaca , apabila dibungkus dengan baik boleh diangkut dengan kereta api , kapal terbang dan kapal .
-          Kereta api dan kapal sesuai untuk mengangkut barang0barang pukal seperti sayur-sayuran dan daging sesuai diangkut dengan van , lori dan kapal terbang
-          Kereta api kontena dan kapal kontena sesuai untuk mengankut barang-barang yang boleh dimasukkan ke dalam kontena
  1. Kuantiti , saiz dan berat
-          Barang-barang berat dan pukal yang sedikit boleh diangkut dengan lori
-          Barang-barang berat dan pukal yang banyak lebih sesuai diangkut dengan kereta api dan kapal
  1. Kecepatan
-          Barang-barang yang perlu dihantar dengan segera diangkut dengan kapal terbang
  1. Risiko kerosakan
-          Barang-barang yang getas dan mudah rosak seperti kaca dan pinggan mangkuk sesuai diangkut dengan lori supaya dapat menggelak kerja-kerja pemunggahan yang kerap
-          Barang-barang yang mudah busuk seperti buah-buahan , daging dan ikan sesuai diangkut dengan lori kontena yang mempunyai kemudahan dingin beku
  1. Nilai
-          Barang-barang bernilai seperti emas dan berlian memerlukan kawalan keselamatan yang ketat harus diangkut dengan kapal terbang
  1. Keselesaan
-          Kapal terbang adalah pantas dan tidak meletihkan
-          Kapal terbang sesuai untuk peniaga yang berulang-alik dari satu tempat ke tempat lain yang jauh
  1. Kemudahan
-          Jenis pengangkutan yang memudahkan kerja-kerja pemunggah , penghantaran dan penyerahan seharusnya dipilih . Ini dapat menjimatkan kos dan masa
  1. Kos
-          Kos pengangkutan yang tinggi akan mengurangkan keuntungan peniaga
-          Pengangkutan udara yang mahal tidak sesuai digunakan untuk sesetengah barangan walaupun barangan berkenaan perlu dihantar dengan segera
Bab 4
Komunikasi
Peranan Komunikasi
  1. mempercepatkan proses perdagangan
  2. melicinkan sistem urusan bank dan kewangan
  3. menyebarkan maklumat , berita dan pesanan
  4. mewujudkan dan memperluaskan pasaran
  5. mengurangkan kerugian dan kerosakan
  6. memudahkan kawalan dan pengurusan perniagaan
  7. memudahkan kegiatan promosi
Perkhidmatan Komunikasi
  1. Terdiri daripada empat jenis yang penting
-          Televisyen dan radio
-          Perkhidmatan pos
-          Perkhidmatan telemunikasi
-          Perkhidmatan kurier
  1. Televisyen dan radio
-          Menyampaikan berita dan maklumat tentang barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga kepada orang ramai
-          Mempunyai liputan pengaruh yang luas
-          Menarik perhatian orang ramai
-          Meluaskan pasaran
-          Menambah prestij barang dan perkhidmatan di pasaran
-          Perkhidmatannya termasuklah radio dan Televisyen Malaysia (RTM) , Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan ASTRO
  1. Perkhidmatan Pos
Termasuklah perkhidmatan mel , perkhidmatan kaunter , dan perkhidmatan lain .
a.   Perkhidmatan mel
-          Surat melibatkan perkhidmatan surat-menyurat dan paling popular kerana kos paling rendah
-          Poskad kiriman mesej tanpa menggunakan sampul surat dan memerlukan bayaran setem
-          Poslaju mengirimsurat , bungkusan , dokumen , dan sebagainya
-          Pos ekspres menghantarsurat , dokumen dan bungkusan yang diperlukan segera di tempat penerimaan
-          Mel berinsurans kiriman mel diberi perlindungan insurans dan sesuai untuk barang-barang bernilai
-          Aerogram mesej ditulis atas kertas mel yang khas dan dilipat sebelum diposkan
-          Perkhidmatan kad jawapan perniagaan menjimatkan masa dan peniaga dikenakan bayaran tertentu
-          Perkhidmatan pos bungkusan sesuai untuk mengirim barang yang tidak melebihi 10 kilogram
-          Peket kecil sesuai untuk menghantar sampel atau barang kecil yang tidak melebihi 1 kilogram dan tidak boleh diinsuranskan
-          Persuratan untuk orang buta kiriman mel secara percuma yang tidak melebihi 7 kilogram dan bungkusan atau mel mesti dilabelkan perkataan ’Persuratan untuk orang buta’


b.   Pekhidmatan kaunter
i ) Perkhidmatan jualan
-          Menjual barang-barang seperti setem , poskad , sampul surat hari pertama , buku setem , buku poskod , aerogram , dank upon jawapan antarabangsa
ii ) Perkhidmatan pembayaran
-          Termasulahlah wan pos dan kiriman wang
-          Wang pos
  • Tempoh laku selama 3 bulan dari tarikh dikeluarkan untuk wang pos Malaysia
  • Mengirim jumlah wang yang kecil ke negara-negara Komanwel dan Britian
-          Kiriman wang
  • Kiriman wang antarabangsa dikenakan komisen
  • Kiriman biasa domenstik untuk nilai maksimum yang berjumlah RM10 000
  • Kiriman wang ekspres melalui talian terus komputer secara mudah dan cepat
-          Perkhidmatan agensi

Jenis Agensi
Jenis Pekhidmatan
Tenaga Telekom Malaysia
Bayaran bil telefon
Tenaga Nasional Berhad
Bayaran bil elektrik
Amanah Saham Nasional
Caruman pelaburan daripada pelanggan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)
Mengeluarkan wang pencen kepada para pesara
Lemabaga Tabung Haji
 Menerima tabungan untuk haju masa depan










c.   Perkhidmatan lain termasuklah :
-          Poste Restante
-          Peti surat persendirian
-          Bayar Waktu Terima
-          Khidmat beg berkunci
-          Tiket serahan tingkap
-          Perkhidmatan mesin franking
-          Perkhidmatan telegram

  1. Perkhidmatan telemunikasi
a.   Perkhidmatan lisan
-          Telefon
-          Panggilan tanpa tol
-          Videofon
-          Radio maritim
-          Sidang audio
-          Telefon bimbit
-          Telesok

b.   Perkhidmatan bercetak
-          Telegram cara pengiriman berita bertulis yang paling cepat dan dapat mengelakkan kekeliruan yang mungkin berlaku jika berita dikiriman secara lisan
-          Teleks cara pengiriman berita dan maklumat melalui mesin yang dipanggil teleprinter
-          Telefaks merupakan salinan pendua yang menyerupai salinan asal dan perkhidmatan ini sesuai untuk enghantar salinan carta , grafik , gambar dokumen dan berita bertulis ke tempat yang lain
c.   Perkhidmatan audio visual
-          Internet merupakan perkhidmatan telekomunikasi yang muah , cepat dan canggih
-          Sidang video (Video Conferencing) membolehkan dua pihak yang berada di tempat yang jauh berhubun secara audio-visual
-          MAYPAC merupakan kemudahan komunikasi yang membolehkan data-data dihantar dan diterima antara terminal komputer
-          E-mel dapat menghantar dan menerima mesej menerusi talian rangkaian komputer
  1. Perkhidmatan Kurier
-          Merupakan [erkhidmatan penghantaran barang , dokumen ,dan mel dengan segera
-          Perkhidmatan serahan dari pintu ke pintu
-          Kelebihan perkhidmatan kurier ialah cepat , cekap , mudah , menjimatkan kerja penghantaran , keselamatan kiriman terjamin dan dapat memastikan kiriman sampai pada tangan penerima
-          Kekurangan pekhidmatan kurier ialah mahal , kegunaanya terhad dan tidak sesuai untuk penghantaran berat pukal dan besar
-          Contoh : PoslajuMalaysia, DHL Worldwide Express dan united Parcel Services (UPS)
Faktor-faktor pemilihan jenis Komunikasi

  1. kos terlibat
  2. jarak penghantaraan maklumat atau barang
  3. kesegaraan sesuatu maklumat atau barang diperlukan
  4. mudah didapati untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa
  5. jenis maklumat yang dikirim atau dihantar
Bab 5
Pergudangan
Pergudangan
a)      Peranan pergudangan :
  1. Menjamin keselamatan
-          Barang-barang disimpan dengan selamat
-          Barang-barang bebas daripada cuaca buruk , kecurian dan kehilangan
  1. Menstabilkan harga
-          Gudang berfungsi sebagai sebuah ’kolam air’
-          Bekalan barang daripada pengeluar disimpan di dalam gudang dan dikeluarkan sedikit demi sedikit
  1. Membolehkan pengeluaran dan penggunaan yang berterusan
-          Barang-barang yang mempunyai permintaan bermusim dapat disimpan di dalam gudang
-          Apabila ada permintaan , barang-barang tersebut dikeluarkan
  1. Membolehkan kerja-kerja akhir dilakukan
-          Gudang dijadikan tempat memecahpukal lakukan kerja-kerja akhir seperti menggred , menimbang , membungkus dan menjenama barang
  1. Mengelakkan kerosakan dan pembaziran
-          Keluaran lebihan terutama barang-barang pertanian dapat disimpan dalam gudang
-          Barang-barang pertanian seperti daging dan keju dapat disimpan dalam gudang penstorang sejuk dengan sempurna
  1. Memudahkan perniagaan
-          Membolehkan barang-barang import dan eksport disimpan di dalam gudang sementara menunggu untuk dieksport atau diimport
-          Barang-barang yang cukaiyan belum dijelaskan boleh disimpan dalam gudang berbon sementara menunggu penjelasan cukai
b)      Ciri-ciri gudang yang baik :
1.   Lokasi yang baik
-          Kedudukan gudang perlu diletakkan di tempat yang strategik
-          Perlu didirikan di tempat yang senang dihubungi oleh pelanggan , pembekal , pengimport dan pengeksport
2.   Keselamatan
-          Barang-barang yang disimpan dalam gudang perlu dilindungi daripada kerosakan dan kecurian
3.   Pengurusan yang cekap
-          Pengurusan yang cekap dapat menjamin keluar masuk barang ke gudang drngan lebih teratur dan sistematik
4.   Ruangan yang luas
-          Gudang harus mempunyai ruang yang luas supaya barang-barang yang disimpan boleh disusun dengan teratur dan kemas
5.   Sesuai dengan barang yang disimpan
-          Sesebuah gudang perlu direka bentuk dan dilengkap dengan kelengkapan yang sesuai dengan kelengkapan yang sesuai drngan barang yang disimpan untuk menjamin keselamatan barang
6.   Peralatan yang serba lengkap
-          Untuk menjamin barang-barang mudah disimpan dan dikeluarkan , gudang harus dilengkapkan dengan peralatan yang mengcukupi

Jenis-jenis Gudang

a)      Gudang Peruncit dimiliki oleh peruncit untuk menyimpan barang-barang yang dibeli daripada pengeluar
b)      Gudang Pemborong dimiliki oleh pemborong dan penting untuk pemborong meyimpan barang-barang yang dibeli secara pukal daripada pengeluar
c)      Gudang Pengilang digunakan oleh pengilang untuk menyimpan bahan mentah dan bahan separuh siap yang digunakan dalam proses pengeluaran
d)     Gudang kerajaan dimiliki oleh kerajaan dan terletak di pintu masuk atau sempadan sesebuah Negara seperti pelabuhan dan stesen kereta api
e)      Gudang Penstoran Sejuk sejenis gudang khas yang dilengkapkan dengan alat hawa dingin atau alat kawalan suhu dan ini digunakan untuk menyimpan barang-bararng yang tidak tahan lama seperti dagin , ikan , buah-buahan dan bunga-bungaan .
f)       Gudang berbon perkhidmatan pergudangan yang memudahkan perniagaan antarabangsa dan digunakan untuk menyimpan barang-barang yang belum dibayar cukainya ( cukai eksais , cukai eksport . dan cukai import ) .

Kepentingan gudang dalam bon
a)      Kepada peniaga :
-          Membolehkan kerja-kerja terakhir dijalankan
-          Boleh menangguhkan pembayaran duti
-          boleh mengeluarkan barang dalam kuantiti kecil-kecilan
-          boleh mencagarkan barang-barang
-          membantu perniagaan entrepot
b)     Kepada pengeluar :
-          Membolehkan pengeluaran dijalankan secara berterusan
-          Boleh menjalankan kegiatan memproses bahan mentah dalam gudang
-          Boleh membawa keluar bahan mentah mengikut keperluan
-          Boleh menangguhkan pembayaran duti
-          Membolehkan pengeluarang dijalankan secara besar-besaran
c)      Kepada kerajaan :
-          Membantu pengutipan cukai
-          Mencegah pelarian cukai
-          Membekalkan maklumat import 
Bab 6
Promosi
      1.  Maksud Promosi
-          satu proses memberitahu , memujuk dan mempengaruhi pelanggan
-          menyedarkan pengguna tentang barangan
-          menjadikan pengguna setia kepada barangan yang ditawarkan
2.  Peranan Promosi
-          Menyampaikan maklumat
memberitahu kewujudan barang dipasaran
maklumat spesifikasi barang, kegunaan, harga dan pengeluar
-          Mewujudkan pasaran baru
menyedarkan pengguna tentang barang baru
menarik minat membeli dan mengguna
-          Mengekalkan pasaran sedia ada
mengingatkan pengguna kepada jenama
mewujudkan pengguna setia
-          Meningkatkan dan meluaskan pasaran
membantu penyebaran maklumat kepada lebih ramai pengguna
menggunakan media yang liputan siarannya luas
-          Memujuk dan mempengaruhi pembeli
menggunakan aktiviti dan teknik promosi yang menarik
-          Memantapkan imej barang dan syarikat
barang menjadi lebih popular dan mendapat perhatian kerana dikaitkan dengan imej pengguna
-          Mengatasi pesaing
mengelakkan pengguna sedia ada dan baru mudah lupa dan beralih menggunakan barangan pesaing
3.  Promosi dalam Pemasaran.
-    Strategi Pemasaran
  • Sasaran pasaran – kumpulan pengguna yang cuba dipengaruhi
  • Campuran pemasaran   – gabungan unsur penting pemasaran
-   Produk   – menghasilkan barang berorientasi pengguna
menepati cita rasa, keperluan dan kehendak
pengguna
-   Harga   -  disesuaikan mengikut keadaan pelanggan,
persaingan, kos pengeluaran dan keuntungan
yang ingin diperolehi
-   Agihan – Mestilah tepat pada masa , tempat , dan harga yang sanggup dibayar oleh pengguna
-   Promosi  – ditumpukan kepada kumpulan sasaran
menyedarkan pengguna tentang kewujudan
barang menyampaikan maklumat, menarik
perhatian, meyakinkan dan mempengaruhi
pengguna
4.  Jenis Promosi.
-          Pengiklanan
·         Memperkenalkan barangan baru
·         Mengingati sesuatu barangan
·         Mengekalkan pasaran barangan
·         Barangan lebih popular
·         Imej yang lebih baik
·         Mempengaruhi, memberitahu dan memujuk pengguna
·         Mendapatkan maklumat sesuatu barangan
Iklan berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu mesej iklan.
3 jenis gaya tarikan iklan
  • Pujukan Rasioal
-  Mengaitkan sesuatu pembelian dengan
kepentingan peribadi pembeli.
-  Pembelian barang dikatakan lebih
berfaedah, berkualiti, bernilai,
kesihatan, penjimatan
  • Pujukan emosi
-  Menimbulkan perasaan positif supaya
orang ramai terdorong membeli.
-  Mesej iklan ada unsur rasa kasih
sayang, takut, malu, bangga, gembira,
mengikis perasaan bimbang
  • Pujukan moral
-  Sikap orang ramai tentang perkara yang benar dan lebih wajar dilakukan.
-  Mesej iklan tentang kebersihan alam sekitar, perpaduan, persamaan hak, amalan tolong-menolong
Jenis Iklan
  • Iklan penerangan
-   memperkenal jenama baru dipasaran
-   ada maklumat harga, kegunaan, cara guna,
keistimewaan barangan
-   elak keraguan pengguna
  • Iklan memujuk
-   persaingan sesuatu barangan semakin
hebat di pasaran
-   bentuk keyakinan pengguna
-   terang kelebihan jenama, bandingkan
dengan jenama lain
-   menjadi iklan bertanding
  • Iklan mengingat
-    pengguna sentiasa mengingat sesuatu
jenama
-    disiarkan berulang-ulang
-    barangan telah lama di pasaran
Promosi Jualan
·         cara galakan jualan bagi tempoh yang singkat
·         bantu tarik pelanggan baru
·         galakkan pengguna membeli
·         barangan dikenali, kekal dan atasi pesaing
  • Promosi Pengguna
-   mendorong pengguna membeli
-   pengguna ditawarkan sample percuma, kupon
hadiah, potongan harga, pertandingan
  • Promosi pengedar
-   pemberian insentif kepada pemborong dan
peruncit supaya menambah pengedaran dan
jualan
-   pengedar ditawarkan diskaun, barang
percuma, hadiah wang, pertandingan jualan
  • Promosi jualan
-   galakkan jurujual menjual secara lebih
berkesan
-   insentif diberi – bonus, komisen, peraduan
-   tempoh promosi jangka masa pendek
Jualan Terus
·         kaedah promosi sesuatu barangan secara peribadi
·         melalui jurujual
·         caranya – system parti, pergi dari rumah ke rumah
·         wakil syarikat menerangkan, memujuk, meyakinkan pengguna
·         jurujual diberi komisen, diakaun
·         jurujual dan pengguna berkomunikasi dua hala
·         pengguna Dapat layanan peribadi
·         jurujual Sesuaikan cara penyampaian maklumat, teknik memujuk
·         jurujual tahu reaksi pengguna
Publisiti
·         Penyebaran maklumat menerusi media secara percuma
·         Bayaran siaran ditanggung oleh syarikat media
·         Pengeluar tidak tanggung kos penyiaran
·         Tujuan beritahu barangan baru, keistimewaan
·         Maklumat dikawal syarikat media
·         Kelebihan – Jimatkan kos promosi, lebih diyakini, liputan lebih luas, jalin   hubungan baik dengan orang ramai
·         Kelemahan – berita terhad, maklumat tak jelas, kritikan media, masa siaran tidak sesuai, sukar dirancang
Media Pengiklanan

  1. Media bercetak
-          Surat khabar dan majalah
-          Katalog dan risalah
-          Poster dan sepanduk
-          Kalendar dan diari
-          Kad perniagaan
-          Halaman kuning
  1. Media elektronik
-          Internet
-          Televisyen
-          Radio
-          Pawagam
-          Lampu neon
-          Skrin besar
  1. Media lain
-          Peragaan tingkap
-          Papan tanda
-          Belon udara
-          Ekspo , pertunjukan , dan pameran
-          Sampel , cenderamata dan hadiah
Faktor-faktor mempengaruhi pemilihan media pengiklanan

  1. kos iklan
  2. tujuan iklan
  3. sasaran pengguna
  4. saiz perniagaan
  5. liputan pasaran
  6. jenis dan sifat barang
  7. dasar kerajaan

Bab 7
Peranan Kerajaan dalam Perniagaan
1.  Kerajaan memainkan peranan penting untik memajukan perdagangan dan perindustrian di Malaysia .

2.  Peranan kerajaan dalam perniagaan :
- Penyelidikan dan pembangunan
- Perundungan perniagaan
- Latihan dan pengurusan
- Kemudahan infrastruktur dan ruang niaga
- Promosi dan pemasaran
- Pelepasan cukai
- Pembiayaan

3.  Penyelidikan dan pembangunan

·         MARDI                                                                 -    dibidang pertanian
·         LEMBAGA GETAH MALAYSIA (MRB)          -    untuk getah
·         LEMBAGA MINYAK SAWITMALAYSIA(MPOB)  – industri sawit
·         SIRIM           -    untuk industri teknologi tinggi
·         FRIM            -    untuk perhutanan
·         LKIM            -    untuk ikan

4.  Perundangan perniagaan

Contoh akta:
·         Akta Jualan Barangan
·         Akta Sewa Beli
·         Akta Perihal Dagangan
·         Akta Kawalan Harga
·         Akta Timbang dan Sukat

5.  Latihan dan Pengurusan

·         Supaya peniaga berkemahiran dan cekap
Contoh Agensi:
·         MARA
·         NPC – Perbadanan produktiviti

6.  Kemudahan Infrastruktur  dan ruang niaga

Contoh :
·         Menyediakan bekalan elektrik/air/telefon
·         Bazar/ruang niaga/kilang untuk disewa
Contoh Agensi:
·         MARA
·         UDA HOLDING
·         PKEN




7.  Promosi dan pemasaran

.         Untuk mempromosikan dan memasarkan barang-barang keluaran usahawan
.         Agensi kerajaan termasuklah
- Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Perbadanan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Malaysia (MATRADE)

8.  Pelepasan Cukai

·         Taraf perintis –pengecualian cukai untuk tempoh tertentu
·         Pengecualian cukai –tak perlu bayar cukai
·         Elaun cukai pelaburan

9.  Pembiayaan

·         Memberi bantuan modal /pinjaman
Contoh Agensi : MARA
·         Bank Pertanian / Bank Pembangunan dan Infrastruktur

Bab 8

Konsumerisme

     1. Maksud Konsumerisme
-          Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna
-          Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf     hidup meningkat

2. Matlamat Konsumerisme
-          melindungi hak pengguna
-          mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni
-          membina kualiti kehidupan yang lebih baik

3. Maksud pengguna
-          orang yang menggunakan barang  untuk penuhi keperluan dan kehendak

4. Amalan perniagaan yang tidak sihat
-          letak harga  tidak berpatutan
-          buat iklan  mengelirukan
-          tawar barang  berkualiti rendah
-          jual barang yang tidak selamat

5. Hak pengguna

Hak mendapat keperluan asas
-    makanan/pakaian

Hak mendapat keselamatan
-     dilindungi daripada  kesan yang boleh   membahayakan  kesihatan
-     contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan

Hak mendapat maklumat
-     fakta   lengkap  sesuatu barang supaya  tidak tertipu

Hak membuat pilihan
-     Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa

Hak mendapat ganti rugi
-     berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna

Hak bersuara
-     secara peribadi /  perwakilan

Hak mendapat pendidikan pengguna
-      melalui ceramah / forum

Hak mendapat alam sekitar yang sihat
-      kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun                   Mahkluk Perosak 1974

6. Tanggungjawab pengguna
  
Kesedaran mengkritik
-    boleh membuat aduan

Penglibatan dan tindakan
-    bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial

Tanggungjawab sosial
-    Memberi derma kepada orang miskin/tua

Tanggungjawab alam semulajadi
-    tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati

Bersatu padu
-    supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan

7. Tanggungjawab pengeluar

Praktikkan amalan perniagaan yang baik
-    tidak menipu/ jual barang berkualiti

Amal pengiklanan yang beretika
-    iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain

Sedia terima rungutan
-    kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan

Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme
-    melalui seminar/forum

Memelihara alam sekitar
-    menggurangkan penggunaan bahan yang  mencemarkan

Menjalankan tanggungjawab sosial
-    memberi derma/ biasiswa
8. Cara-cara membeli dengan bijak

Menentukan jenis barang
-    barang keperluan atau kehendak

Menentukan sebab membeli
-    untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk

Menentukan masa membeli
-    masa tawaran istimewa/ musim perayaan

Memilih tempat membeli
-    lokasi berhampiran
-    menawarkan pelbagai barang
-    harga berpatutan dan barang berkualiti
-    sikap  jujur dan layanan mesra
-    ada kemudahan seperti ruang makan/tandas

Mengetahui teknik membeli
-    buat perbandingan harga
-    tengok kualiti barang
-    periksa kuantiti barang
-    tahu tarikh luput
-    ada jaminan jualan
9. Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna

Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna
-          iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna

Beri kesedaran tentang konsumerisme
-    melalui ceramah /kempen

Wujudkan akta/peraturan
-    Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972

Tubuh  kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang
-    Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar














10. Peranan kerajaan dan agensi lain

Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna
-   Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna
-    Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan
-    Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv
-    Wujudkan  petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan
-    Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan

Tribunal Tuntutan Pengguna
-    Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah
-    Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi
-    Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000

Persatuan Pengguna
-    Terima dan siasat aduan  pengguna
-    Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan
-    Beri laporan melalui  penerbitan majalah/berita
-    Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum

Persatuan Pengeluar
-    Pastikan ahli mematuhi kod etika  berkaitan dengan pengeluaran/persaingan
-    Adakan kempen membeli barang buatan tempatan

Persatuan Profesional
-    Pastikan  ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing

Persatuan Peniaga
-    Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna /      jujur dengan pengguna
-    Sediakan kod etika mengenai jualan

11. Etika Amalan Perniagaan

-          diperkenalkan tahun 1982
-          digubal oleh Majlis  Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
-          bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan  peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan
-          mempunyai 5 prinsip:
-          Kenalpasti dan akui  hak-hak pengguna
-          Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan
-          Patuhi prinsip perniagaan secara adil
-          Tidak burukkan pesaing
-          Amal perniagaan yang jujur
-          mengandungi   Etika Penjual dan Etika Pembeli








12.Etika Pembeli

Tanggungjawab terhadap penjual
-    patuhi syarat kontrak
-    jelaskan hutang mengikut tempoh
-    tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran
-    tidak menawarkan harga  terlalu rendah sehingga  peniaga rugi
-    tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan
-    amalkan sifat sopan santun
-    beri pandangan   untuk tingkatkan kualiti barang

Tanggungjawab terhadap masyarakat
-    libatkan diri dalam persatuan pengguna
-    jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar
-    elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar
-    tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan

13. Etika Penjual

Tanggungjawab terhadap pekerja
-    jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan
-    beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti
-    memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus

Tanggungjawab terhadap pelanggan
-    sediakan barang berkualiti
-    sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang
-    tepati keperluan dan kehendak pengguna
-    jual barang pada harga berpatutan
-    bermaklumat  yang lengkap
-    adakan kempen promosi yang jujur
-    sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat
-    beri layanan sama rata

Tanggungjawab terhadap pemodal
-    maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan
-    beri kadar pulangan yang memuaskan
-    jalankan pengurusan yang cekap

Tanggungjawab terhadap pembekal
-    layanan adil kepada semua pembekal
-    patuhi segala  syarat kontrak
-    berusaha jual barang  dengan segera
-    amalkan ‘sistem payung’
-    pastikan syarat kontrak  jelas

Tanggungjawab terhadap masyarakat
-    pelihara alam sekitar
-    guna sumber yang manfaatkan masyarakat
-    beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui  biasiswa / subsidi


Tanggungjawab terhadap kerajaan
-    bayar cukai
-    sedia peluang pekerjaan
-    guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap
-    adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan  dasar